Tuesday 7 April 2009

DOKUMEN DAN TERUMBU JADI PENGAJARAN PERIHAL KEDAULATAN

MEMANG menjadi kelemahan manusia, bila terhantuk baru terngadah.
Peribahasa yang cukup tepat untuk mencerminkan kelemahan kita. Manakan tidak, selepas sekian lama satu terumbu yang kita panggil Pulau Batu Puteh menghiasi peta negara, ia tiba-tiba lenyap hampir begitu sahaja.

Malu sudah semestinya kerana terumbu itu yang nyata dalam wilayah kita tapi akhirnya milik hakiki orang jauh yang sungguh-sungguh mengusahakannya.
Sedih kerana mengenangkan kepayahan dan kejanggalan para nelayan kita yang tidak lagi boleh menghampiri kawasan itu walau ia umpama di depan mata.
Marah tidak dapat dinafikan perasaannya kerana ia berakhir sedemikian angkara kelemahan kita yang tidak cermat dengan dokumen.

Tabiat mengambil mudah terhadap pentingnya menyimpan dokumen, tidak kiralah berkaitan dengan apa dan siapa, di kalangan kita perlu segera diubah.
Dokumen, terutama yang lama tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan. Pedulikanlah jika ada yang mempersendakan dengan berkata ia layak dihantar ke muzium sahaja.

Meminjam kata-kata Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman semasa berucap pada persidangan Dewan Negeri yang lepas:“Jangan ambil mudah (dengan dokumen) kerana mungkin ia digunakan oleh mana-mana pihak untuk kepentinganmereka.
“Kita kena simpan semua dokumen,”.

Sekurang-kurangnya nasib Pak Kaduk tidaklah buruk sangat. Walau kampung tergadai, masih boleh tersenyum kerana menang sorak
Kita sudah mempelajari sesatu yang pahit dan seharusnya tidak akan terhantuk lagi.
Untuk itu, kedaulatan kita ke atas dua buah pulau lagi – Pulau Pisang dan Merambong yang amat dikhutariti menerima nasib serupa terumbu Batu Puteh sudah kita perkukuhkan.
Dokumen menyata keizinan Sultan Ibrahim kepada British hanya untuk sebidang tanah seluas 0.4 hektar di atas Pulau Pisang semata-mata bagi didirikan sebuah rumah api disimpan rapi.
Hak milik mutlak ke atas keseluruhan pulau itu juga terbukti di Pejabat Tanah dan Galian.
Begitu juga dengan Pulau Merambong. Selain dokumen milik sahih, batu penanda sempadan juga sudah jelas kelihatan.

Tidak mustahil sedikit masa lagi Jalur Gemilang akan berkibar gagah di pulau tak berpenghuni ini sebagai bukti ia milik kita tanpa boleh dipertikaikan lagi.

Thursday 19 March 2009

KEKOSONGAN JAWATAN WELLDER - 400 KEKOSONGAN

sape2 yang berminat sila bagi resume dan no contact. nak urgent ni. kerja site dk Pelabuhan Tajung Pelepas. ajak kawan-kawan yang lain yang tau buat wellding. kekosongan seramai 400 orang. gaji RM10-RM9 sejam. rumah dan pengangkutan disediakan.
berminat call aku dkt 0197148013

Friday 9 January 2009

ADAKAH ANDA TAHU

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama
Bergerak bersama
Menangis bersama
Melihat bersama dan
Tidur bersama
Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN

Wednesday 7 January 2009

PERGI BASUH TANGAN!!!

Saya ada terbaca artikel dkt satu blog ni...

(Catatan: tiada pembetulan nahu yang dibuat!)


Rajin-rajinlah basuh tangan


Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.


Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa... betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya.... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... tak pernah-pernah sopan macam tu...


Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak... terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.


Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah.. :) :-

Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh masuk hati dan paru-paru..
Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..


** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa - sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. ***

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu dalam
Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Demam, ruam-ruam badan, alahan
Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Apa yang anda perlu buat :-

Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
Potong kuku pendek
Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada


Ada 2 jenis ubat cacing



Albendazole/mebendazole


Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

Pirantel Pamoate


Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.



Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua.. kua.. :)

Posted by Dr Azwan

Tuesday 16 December 2008

BESOK-BESOK KITA MELAYAN BLOG LAGI....
KLIK DI SINI kalau tak malu nak tengok gambar ni

Monday 15 December 2008

LAMAN WEB RASMI TEMPAT KERJA AKU

KLIK DISINI untuk pergi ke laman web ITP

dengan staf-staf termashur tempat kerja aku


duduk dari kiri: en. nazrul (pensyarah ukur tanah), pn asnidar (sekarang ni dah jadi ketua eksekutif), en tarmuji (bekas pengarah kolej aku), en. nordin (timb peg. pentadbiran dan kewangan), en. zaini (bos kursus aku-pengurusan harta tanah)

berdiri dari kiri: cik hamidah, aku la tu...

Dua cedera bas ekspres jatuh sungai


GAMBAR DIAMBIL DARI utusan.com.my
SILAP JALAN... Bas Cepat Ekspres yang membawa 16 penumpang terhumban ke dalam sungai akibat tersalah laluan di tepi jambatan Kampung Balik Bukit, Setiu, Terengganu, awal pagi semalam. Nahas itu mengakibatkan pemandu dan seorang penumpang bas ekspres itu cedera ringa

BACA KATA-KATA BERDARAH NI!!! BUAT PEDOMAN JE....


THE TRUE LOVE NEVER END WITH THE HAPPY ENDING.....

TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS JIKA DIRI TIDAK SEINDAH SULAIAMAN.MENGAPA DIHARAP TEMAN SETAMPAN YUSUF JIKA KASIH TIDAK SETULUS ZULAIKHA? TIDAK PERLU DIRI MENJADI SETEGUH IBRAHIM JIKA DIRI TIDAK SEKUAT HAJAR & SARAH... JANGAN MENGHARAP DIDAMBA TEMAN HIDUP SEISTIMEWA KHADIJAH JIKA DIRI TIDAK SESEMPURNA RASULULLAH... RENUNGKANLAH...