Wednesday 7 January 2009

PERGI BASUH TANGAN!!!

Saya ada terbaca artikel dkt satu blog ni...

(Catatan: tiada pembetulan nahu yang dibuat!)


Rajin-rajinlah basuh tangan


Pada minggu lepas, sewaktu bertugas di Ampang, seorang warga asing Islam keturunan Bangladesh telah datang ke klinik. Pada awalnya, saya menyangka anaknya yang berumur 4 tahun itu mengalami demam kerana wajahnya yang sugul dan letih. Setelah berkenalan sebeberapa ringkas, bapanya telah memberitahu bahawa 2 hari lepas ketika anaknya membuang air besar, anaknya ada memberitahu terjumpa beberapa ekor "ular" di dalam najisnya.


Bagai tidak percaya, bapanya sendiri melihat, dan mendapati beratus-ratus ekor cacing kecil yang bergumpal, sebesar bola golf keluar dari punggung anaknya. Saya dengan rasa gerun (anda tak gerun ke tengok cacing kelua dari punggung manusia?) pun memeriksa... betul kata si ayah... ada 6 ekor cacing halus (? Pinworm : Enterobius Vermacularis) menggeliut di sekeliling lubang dubur. Saya terus memakai sarung tangan, mengambil salotape dan melekatkannya di tempat cacing tersebut untuk mengalihkannya.... Apa pulak saya nak buat ngan cacing ni pagi-pagi buta ni (pukul 2 pagi)? Nak hantar kat lab... mana ada lab.. so saya pun buangnya ke dalam special bin... Saya cuba nak tunjuk kepada nurse saya... tapi mereka menolak dengan penuh "sopan"... hehehe... tak pernah-pernah sopan macam tu...


Kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak... terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar, makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak, terutama di kawasan rumah yang kurang bersih atau seperti kawasan setinggan atau laman yang bertanah.


Cacing-cacing yang popular di Malaysia (tak payah AFUNDI lah.. :) :-

Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang... boleh masuk hati dan paru-paru..
Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!... ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
Cacing rambu atau cacing benang - selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang... susah nak dibunuh..


** Masa kami belajar perubatan dulu kami diwajibkan mengenal cacing-cacing ni sebab masuk periksa - sekali dia menguit... dah tahu jantan betina... hehehe.. ***

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu dalam
Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Demam, ruam-ruam badan, alahan
Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Apa yang anda perlu buat :-

Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
Potong kuku pendek
Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada


Ada 2 jenis ubat cacing



Albendazole/mebendazole


Ubat ini tidak diserap di dalam badan, jadi ia tinggal di dalam usus besar dan kecil . Ia menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya

Pirantel Pamoate


Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.



Oleh itu, kepada anda dan anak anda yang mepunyai masalah kecacingan atau mempunyai gejala-gejala di atas.. maka bolehlah datang ke klinik secepat mungkin... jangan jadikan anda mangsa cacing... dan khusus kepada kaki pancing yang tengah gian.... jangan jadikan "cacing anda" sebagai umpan... kua.. kua.. :)

Posted by Dr Azwan

No comments:

Post a Comment